dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat KDB @ Kursus Usahawan MADA

25 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 & 24 Januari 2018 bertempat di PI Kg Surau dengan kerjasama MADA, PI Kg Surau, PI Batas LIntang telah berlangsung Taklimat KDB @ Kursus Usahawan MADA. Antara pengisian dari mesyuarat adalah Advokasi Klik Dengan Bijak. Tujuan Advokasi adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet), Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayai internet.

Selain itu juga, Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..